//ιм ʝʋƨт ƨιмρℓɛ ɢιяℓ.
Bye 2o12. Hye 2o13 !
Monday, December 31, 2012 | 7:35 AM | 0 weird people

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum :) Hm... Harini kann, Hari sedih sedunia eh ? First sedih sebab Shahidah masuk Hostel. Second sebab tahun 2o12 dah habis. Banyaknyaa kenangan tahun 2o12 yg memang takleh lupa. Hm . Berat hati Ohh nak tinggal 2o12, Tapi apakan daya. 'dia' tetap akan pergi jugak. Besok pergi sekolah balik sekolah Shahidah dah takde, Kalau sebelum nie balik sekolah ngan dia, Boleh kata semua buat dengan dia lha. Hm. Kay airmata jatuh. Hisss ! I want My Shahidah back ! *Jerit*. Hm. Tapi dia dah masuk pun Hostel.Tak boleh halang sebab dia pun nak belajar, nak rasa duk hostel cemana. I'm try to understand. *Lap air mata* Mungkin sebab aku dah terbiasa sangat kot buat semua bnde ngan dia, sebab tuu aku jadi cenie. Syesly tak boleh nak terima kenyataan. Masa dia cakap dia nak duduk asrama next year pun aku rasa berat jee nak lepas. Tapi tak boleh lha halang dia. uhukss uhukss :( Semua bnde kalau aku takleh pendam aku cerita dekat Sid.. Bistu tahun depan nak cerita dekat sapeee ? Simpan sorang lha nampaknya. Kalau aku ade masalah, dialah org First yg aku cari. Hm. Dah lha next year dia kelas lain. Dalam 2o12 jugak 2 orang insan yg aku sayang block aku dekat Twitter. Haiyaa. Hm biarkan jelah. Taknak ingat dah ape yg lepas. Tahun nie jugak aku gaduh dengan kawan kawan lelaki sekelas ngan aku. Macam tak percaya jee. Sebab diorang baik jugak lha ngan aku. Kay bnde dah jadi so kita tak payah ungkit lagi. Tahun nie aku SPM. Aku nak belajar sungguh sungguh. Aku nak buat ma ngan abah bangga ngan aku. Aku nak pintas kakak aku sebab dia dapat 3a je pun. Hikss :D Kay takde mood nak taip pepanjang. Setakat nie jelah dulu. Heee. Btw HAPPY NEW YEAR ALLSS! pow ! pow ! pow ! *bunga api* :D Kay byee :)

  • Untuk Sid , Kalau Sid baca post Org nie. Org nk bgthu. Org sayang Sid. Time kaseh untuk semua masa tahun 2o12 nie. Belanja org, Jadi kawan yg baik n so on. Heee. Belajar sungguh tau tahun depan. Ubat tuu makan! Hee. Oke byee. *Lap air mata* Tapi masih boleh senyum ! :) 
Hope what I wishh will came reality:)
  • Nak belajar sungguh sungguh .  
  • Nak buat ma ngan Abah bangga dengan aku .  
  • Nak Jadi seorang yang wanita muslimah yang menutup auratnya dengan sempurna.  
  • Nak jadi seorang wanita muslimah yang nampak cantik dan sempurna di mata Allah :) 

          Okea tuu je apa yang aku mintak. Heee. Wish my luck ! Thank You :)

Apakah yg Seorang Muslimah Itu perlu elakkan ?
Saturday, December 29, 2012 | 7:46 AM | 0 weird people
Assalamualaikum :) Kali ini tiba lagi di blog ini untuk entry yg baru. Kali ini Anis ingin beritahu apa yang seorang Muslimah itu elakkan. Okea kat bawah nie ada  beberapa contoh apa yg perlu kita elakkan. Antaranya ialah :


Kain Yang Nipis

Muslimah tidak menggunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg tidak layak dipakai oleh muslimah.. 

Rantai Kaki

Muslimah tidak menggunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur. 
Apabila Berbicara
Muslimah tidak menggunakan masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
Pemakaian
Muslimah tidak menggunakan tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
Muslimah tidak menggunakan kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.
Okea setakat tu dululah yang dapat Anis kongsikan. Maklumat nie pun sebenarnya anis ambil dari satu Artikle dekat Google. Sebab nak buat ayat sendiri Ilmu belum cukup didada. Saya masih baru. Masih lagi mencari dimana saya perlu mulakan :) Dengan Izin Allah InsyaAllah saya juga akan menjadi seperti wanita wanita Muslimah yang lain :)





Comel je kan kalau tutup aurat mcm nie ? SubhanAllah :')
The Quotes means : "Jadilah seperti mutiara yang hebat dan jarang Dijumpai,Jangan jadi seperti batu yang boleh dijumpai di mana mana sahaja" :) 



Perisai Muslimah :)
Thursday, December 27, 2012 | 10:13 PM | 0 weird people

Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.

Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.

Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.
Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu"aku seorang muslimah".
Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".

Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.
                                      Saya pernah terbaca disebuah blog.Bunyinya begini :
"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah :)

Tah papee jekk :D
Wednesday, December 26, 2012 | 8:02 PM | 0 weird people

Assalamualaikum :) *Waving* *kenyitmata* *FlyingKiss* . Hamboiii. Banyaknyaa. Hahha :D Yayyy. Harini update blog lagi. Hikss. Baru semalam update Harini update pulak ? Eh ? Sukati orang aa :p Okea act aku tak tau nak tulis pasal apa nie ! Tapi dah aku tangan aku rasa gatal sangat nak menaip aku teruskan jew lhaa.Hiksss :D Hm. Tadikan Tadikannn sepit rambut aku patah dua terjatuh lam tandass.  Sedihhnyaaaaaaaaaaa :'( *lap air mata*. Dahlaa mak aku beli sepit tuu kat Perlis. Jauhh Tawukk ? Dah laa tuu pulak, tak sampai seminggu pun lagi aku gunaa. Mesti mak aku sedihh. Hm Sorry Ma. uhukssss. Okea kita Chill jee ! Haha. Tak kira karang aku nak suruh ayah aku beli gam uhu nak lekatkan dekat sepit tuu. Biar lha takleh guna pun, buat kenangan jadilah. Hiksss. Nak tau tak ? Charger aku kan dari semalam lagi aku charge tak masuk masuk. Then aku gunalah phone ayah aku nak Online kat situuu. Lepastuu aku tak ingat nak bg dekat abah . Bila aku bangun Abah dah pergi kerja. Lahaiiii -,- dahla dia balik malam harini. Hishh :D Aku dah terpikir kat kepala Otak mesti lepas nie abah call. Rupanya apa yang aku terpikir tuu betol ! Haha. Abah call then tanya "Aboh tinggal enset ork?" Aku pun cakap lhaa "Oor kakngoh guna malam" Ahaha. Abah pun cakap len kali jangan buat lagi. Hm Yelahhh yelahh :p Aku update blog nie pun guna Ebook adik aku. Nasib aa mood dia bagus. Kalau tak mati hidup semula memang tak ahh dia nak kasi. Maklumlah Org laki nie masa kecik mana boleh berpisah dengan Game dia tuu. Ape nama tah GTA kepe ?. Hishhh. Masa besar pulak takleh berpisah dengan Motosikal. Haiyaa. Macam macam lhaa. Aku tak boleh nak happy sangat sebab tadi pun Aku taip Assalamualaikum tak habis lagi dia dah mintak cakap nak main game. Nie pun aku pujuk dia cakap nak guna kejap jee. Haa. Apakk susah nak pujuk dia nie. Okea byee kita sambung lagi di Episod akan datang. Teruskan membaca! Hakss. Muah :*

Erkkk ? Tak tahu nak letak tajuk apa. Wkwkwk :D
| 4:46 AM | 0 weird people

Assalamualaikum semorang ! *LambaiTangan* :D Hikss. Act ah lama dah aku nak update belog tp selalu tak ingat. Sibuk study ohh. Kite kan kite kan SPM candidate next year. Hiwww. Cuak ahh ! Dah lha selalu lupa nak update , Haini bila tengah semangat nak update charger pulak buat hal. Hm. Ofcos I'm sad. *cewdishh* uhuksss :( Bila mintak duet ngan abah gtauu nk beli charger baruu Abah diam jee. Hm. Lagii lhaa kita sad. *lap air mata* Eh ? Terlebih emo pulak. Ahakss. Titew sajee jekk :p Tak tahu nak ceghita apa sebenarnya nie. Tp sesaja nak update sebab tahun depan dah tak boleh update lg kot. Haaa. Btw comel tak blog aku ? Hiksss. Yg nie aku rasa dah kali ke seribu *Hiperbola* aku tukar dia punya skins. Haha. Pantang tengok yg lawa sikit mesti nak tukar. Ade sekali tuuu aku punya memang dah comel amat. Comel gila sihh. Siap dah janji dengan diri nie haa taknak tuka dah lepas nie. Alih alihh. Godek godek skin lain jumpa pulak yg nie ha. Lahaiii. Aku ape lagi. Dah comel tuka lha kann kan ? Hewhew :3. Apelah aku nie janji tak tepati. Ade aku kesah ? Eh Eh ? Tetiba ee. Wkwkwkwk :D Tapi taubat aku ckp yg nie yg last aku tuka . Haha. Boleh percaya ke idok aku tak tawukk :'D. Tp setakat nie tak lagi aa. Penat wehh nak Edit. Ingt sikit ? Bnyak woo. Cuma nnti tunggu kakak aku balik nak suruh dia buat header. Hehe. Aku awal awal lg dah pesan kat dia suruh download Photoshop. Hee. Kalau dia tak download siap aa dia aku pecahkan rahsia dia. Ahakss. Haa rahsia apa tuu ? Jengg jengg jengg ~ Hahah. Manede lhaa. Kita gurauu jekk ! :D Nak buat dia punya cbox tuu Walawehhh ! Apakk susahh. Pening kepalo eden.. Haaa Tudiaaa keluaQ dah Longhat utharaq. Hakhak.. Sekali sekala ape salahnyee an an ? Eh ? An an pulakk. Ingat lagu doreamon kepe ? An an an Doraemonnnn ~ Hahah. K dah lebeh pulak merapu niee. Hukhukk :p Act buat guna skin nie banyak yg berkenan dekat hati tp susah nk dpt yg sama dengan citarasa kita. Yg nie aku tak berkenan sngt pun act sebb tulisan dia kelabuu. Nnti org tak minat nak baca. Tp oleh kerana aku dah lenguh dah mengedit. I let it. Hikss. Apeee ? Ingat aku tak pandai speaking ke ? Werkk ! :p Wkwkwkwk. Lenguhh ahh awakss. Stakat nie jelah aku ceghita. Esok lusa tulat tubing cicak kobeng mati tetonggeng ty aku update pulak.Byee ! :*

Ɩи∂αниʏαα cιραтααи Δ˩˩ΔĦ
Saturday, December 22, 2012 | 10:43 PM | 0 weird people

Assalamualaikum :) Selamat Tengahari semua ! Hee. Selalunyaa aku update post malam malam.Tapi harini rasa macam nak update tengahari jee. Tak salah tukar citarasa kan? Hikss.Nampak tak gambar kat atas tuu? Comelkan ? Indahnyaa ciptaan Allah. Sejujurnyaa Aku teringin sangat nak pakai macam dia. Tapi sekarang bukan masanyaa.Maybe one day:) Bialah orang nak kata apa pun.Yang penting aku dengan cara aku .Aku jadi diri aku.Sekurang kurangnya aku usaha untuk berubah. Maaf bukan riak :) Huhuu :D Sekarang aku dah tak pakai seluar.Pakai baju kurung ngan Jubah jee :) Hm.Kan bagus kalau semua orang Islam diwajibkan pakai Niqab. Mesti comel kan ? Aku tak tahu kenapa . Mungkin Tuhan dah bukakan hati aku kot untuk berubah. Untuk menjadi seorang yang lebih baik. InsyaAllah. Aku akak cuba yang terbaik.Dan harap perubahan nie berkekalan sampai bila bila bukanlah hanya sementara.Amin :) Kalau kita nak sesuatu kita mesti usaha kan ? Kalau kita usaha kita mesti dapat. Tapi bukan usaha jee. Doa pun penting :) Berdoalah selalu dekat Allah.Mintak dia bagi petunjuk dekat kita :)Aku Harap ramai yg nak jadi macam aku. Ramai yg nak berubah. Umur kita semakin meningkat . Bila lagi kita nak berubah kalau bukan sekarang ? Akhir bicara. Sekian dulu dari saya. Jumpa lagi :)
ɢʋα ƧƤѦ cαи∂ι∂αтɛ иɛϰт Ƴɛαя σнн
| 10:08 PM | 0 weird people

Assalamualaikum pembuka bicara. Haduhhhh. Pembuka bicara gituhh. Ahaksss. Sukahati aa :p Lama kan aku tak hupdate blog? Hihiii. Tapi malam nie tetiba jee rasa macam nak hupdate. Tapiii. Ade tapi lagi. Heee *angkat kening* Tapikann kali ni bukan sebab bosan tau. Sebab rajinn. Hiiii :b Mungkin sebab . Hm sebab rajinlahh ! Hewheww :3 Kan dah kenaa *jelir lidah* :D Okea lha. Start cerita ehh ? Ehem ehem *muka serius* . Malam nie kan sebenarnyaa aku nak gtauuu yg Tahun depan *dua kosong satu tiga* Aku dah 17 tahun ohh. Kalau dah 17 tahun means aku nie SPM candidate leww kan ? uhukss uhukss. Haa.Tulah tajuk yg aku nak cerita yg sebenarnyaa. Honestly aku tak sedia lagi nak jadi Form5. Tapi nak taknak aku tetap kena terima jugak kan ? Terima kenyataan yg aku nie bakal menduduki Exam yg paling penting dalam hidup. Hm. Tapi tahun nie semangat nak sekolah tuu memang takde langsung. Sape yg ambik semangat aku nie?! Sapee? *jerit*. Kay kay aku Emo sikit. Ahaksss c( . Tapi semangat tuu lha sebenarnya yg mainkan peranan dalam hidup kita. Takkan hari hari aku p sekolah takde semangat kan ? Kalau takde semangat cemana nak study aite? cemana nak fokuskan pelajaran en ? Aku rasa masa form 4 aku tak banyak main pun. Cuma gelak gelak dengan kawan sampai tak ingat dunia tuu memang selalu. Heee. Dah dorang buat kelaka.Gelakk ahh kan ? Kalau tak gelakk tuu memang kena p hospital ahh tanye doktor "doktor Doktor. Cuba check diri saya nie ada perasaan tak ? Asal kalau kawan saya buat kelaka saya tak gelak" Haa. Kalau ada yg buat memang mintak kaki. Eheheh :3 Kay merepek merepek ! Dushhh >< *tumbuk pipi* :D Tapi rasanya kenangan ngan kawan kawan masa Form4 memang yg terbaik.Memang takleh lupa. Tetiba jee rindu dekat dorang niee *Ya mirah Shahidah Mechutt Byha ngan Nik. Uhukss uhukss *cedihh* :'( *lap air mata* :p Lagi sepuloh hari nak bukak sekolah.Means dalam masa sepuloh hari nie aku kena cari semangat aku balik ! Saya nak semangat saya balik *Jerit* :D Aku nak buat mak aku bangga dengan aku. Yeah. I will ;) Ini Azam aku. Hm kaylah. sampai sini jelah dulu. Heee. Tp sebelum tuu nak tanyee comel tak gambar kat atass tuu ? Haa tulah aku besar nanti Haaha. *perasan* Okea Bhoiiii :D

ƬĦΔИƘƧ ҒѲЯ ѴƖƧƖƬƖИǤ ѦƳ β˩ѲǤ ! ƉѲ ҒѲ˩˩ѲƜ ѦЄ ĦЄЯЄ ! ƬĦΔИƘƧ ƳѲƲ :)

ƆѲѦЄ˩ ƬΔƘ βЄ˩ѲǤ ƧΔƳΔ ? ЄĦЄĦЄĦЄĦ :3
MOOD : ι'м нαρρʏ ωιтн мʏ иɛω вℓσɢ иσω.


Life Scene
The Author
ΔƧƧΔ˩ΔѦƲΔ˩ΔƖƘƲѦ :) ѦЄЄƬ ΔИƖƧ ĦЄЯЄ!ҒЯѲѦ ƬЄЯЄИǤǤΔИƲ.ƧƜЄЄƬ ƧѴЄИƬЄЄИ.ƬĦƖƧ ƖƧ ѦƳ ѲҒҒƖƆƖΔ˩ β˩ѲǤ. ĦΔЯƧĦ ƜѲЯƉ ИѲƬ Δ˩˩ѲƜЄƉ ĦЄЯЄ.ƬĦΔИƘƧ ƳѲƲ ;)